KUCHING, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengadakan perjumpaan ringkas melalui sidang video (zoom meeting) bersama para atlet dari Sarawak yang mewakili Malaysia ke Sukan Paralympics Tokyo 2020 di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia tengahari ini tadi.
Dalam amanat ringkas yang disampaikannya, Ketua Menteri menzahirkan harapan tinggi kepada semua atlet Sarawak agar sentiasa melakukan yang terbaik dalam acara sukan masing -masing seterusnya mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia amnya. Beliau juga berkata, Kerajaan Negeri juga komited dalam menyediakan prasarana yang terbaik untuk semua atlet Sarawak menjalani latihan di masa depan.
Hadir sama adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak , Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden , Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak- Kanak, Datuk Hajah Rosey Yunus.
Sumber dari : Sarawakku